Thursday, May 17, 2012

Pemenang pertandingan sempena Bulan Vortek 2012

 Pemenang Pertandingan Kuiz Online "Computer Genius"
Pemenang Pertandingan Multimedia
Pemenang besar jatuh kepada Mardiana Matthews dari 5 Alamanda yang telah menyapu bersih kedua-dua pertandingan yang disertai iaitu Kuiz online "Computer Genius" dan multimedia. Tahniah!

Monday, May 14, 2012












12 Mei 2012 (Selasa) - Prorgram Kem Bina urus Komputer, Universiti Malaysia Sabah dengan kerjasama SMK Bandaraya Kota Kinabalu telah berjaya melaksanakan program ini pada 12 Mei 2012 (Sabtu) bertempat di Makmal komputer SMK Bandaraya Kota Kinabalu. Seramai 50 orang pelajar telah mengikuti program ini dengan dibantu oleh pelajar-pelajar tahun 1 hingga tahun akhir UMS. Program ini di ketuai oleh Cik Nurul Jannah Bt. Zulkafli selaku pengarah program dengan dibantu oleh pelajar-pelajar UMS. 
Objektif program:
1.  untuk mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang dipelajari dalam kehidupan harian.
2.  untuk memanfaatkan kemahiran insaniah dalam kalangan peserta kursus.
3.  untuk memberi pendedahan dan pengetahuan asas komputer kepada para peserta.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh En. Thomas George, pensyarah Bina Urus Komputer UMS. Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pihak UMS khasnya Pusat Kokurikulum & Pemajuan Pelajar kerana memilih SMK Bandaraya Kota Kinabalu untuk melaksanakan program ini. 

Thursday, April 19, 2012

LAWATAN SAMBIL BERKURSUS









19 April 2012 (Khamis) - Lawatan sambil berkursus ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu banyak memberi manfaat kepada pelajar-pelajar ICT. Seramai 40 orang pelajar dan guru ICT telah mengikuti aktiviti ini sempena Bulan Teknik dan Vokasional. Lawatan ini bersesuaian dengan tema tahun ini iaitu "Transformasi Ke Arah Kecemerlangan Akademik" untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar ICT mengenali dunia IT secara dekat. Pihak ILP telah mengadakan kursus "PC Assembling" dan "Installation" kepada pelajar-pelajar ini di Pusat Komputer ILP.

Pada awal sesi lawatan, En. Fakhrul Asni Bin Ahmad Sabki, dari ILP telah memberi taklimat ringkas tentang sejarah dan pencapaian ILP serta kursus-kursus yang ditawarkan. Selepas itu, pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan untuk mengikuti kursus-kursus yang telah disediakan oleh pihak ILP. Pelajar-pelajar telah diberi penerangan serta demontrasi cara pemasangan komputer oleh En. Mohd Nazri, penolong pegawai latihan vokasional dan "installation Operating System" oleh Cik Asyattie Bt. Jiman dari Jabatan Komputer & Pengajian Am.

Diakhir sesi lawatan, semua pelajar dibawa ke bengkel Jabatan Rekabentuk dan Senibina untuk melihat modul-modul rumah yang dihasilkan oleh pelajar ILP. Pelajar-pelajar ICT tertarik dengan modul-modul rumah yang cantik dan kreatif yang dipamerkan. Pihak SMK Bandaraya Kota Kinabalu khasnya Panitia ICT ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak ILP (Jabatan Komputer dan Pengajian Am) kerana sudi menerima lawatan kami dan semoga jalinan ini akan berterusan pada masa-masa akan datang.

Monday, April 16, 2012

Bengkel Digital Story Telling


13 April 2012 (Jumaat) - Program ini merupakan salah satu aktiviti sempena Bulan Vortek. Program ini dianjurkan bersama oleh Panitia ICT, Kelab Komputer dan Kelab Bestari untuk menarik minat dan mencungkil bakat pelajar terhadap penggunaan ICT dalam penghasilan bahan-bahan video/ filem pendek untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran.Melalui bengkel ini, adalah diharapkan pelajar akan terus berusaha untuk mempertingkatkan kemahiran diri sama ada dalam bidang ICT, penulisan skrip atau dalam bidang seni visual dan multimedia secara keseluruhannya.Bengkel ini juga memberi pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan perisian mengedit video, cara membuat 'shooting 'yang berkesan dan penyediaan skrip dalam menghasilkan sebuah filem pendek yang berkualiti.